KARIES BOTOL SUSU

KARIES BOTOL SUSU

Apakah itu Karies Botol Susu?

Karies Botol Susu adalah kerosakkan gigi pada kanak-kanak akibat dari penyusuan.

Apakah yang menyebabkan Karies Botol Susu?

Bayi atau kanak-kanak dibiarkan terlena dengan menghisap susu atau air manisan dari botol. Kandungan cecair akan menyelaputi gigi sepanjang waktu bayi tidur. Tindakbalas di antara bakteria yang berada di dalam mulut dan kandungan gula di dalam cecair akan menghasilkan asid.

Kerosakkan gigi akibat daripada botol susuan boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor utama iaitu:

a) Bakteria yang terdapat didalam plak gigi bayi yang bertindak sebagai agen.

b) Gula susu ataupun Laktose yang bertindak sebagai substrat didalam proses penapaian bakteria.

c) Permukaan gigi susu bayi yang lemah sekiranya tiada pendedahan terhadap Fluorida.

d) Kekerapan atau jangka masa sisa makanan ataupun susu melekat atau berada pada permukaan gigi.

Tanpa salah satu faktor tersebut diatas, karies botol susuan tidak akan terjadi.

Manakala faktor-faktor penyokong adalah kerana tahap kematangan anak atau bayi yang masih kecil dan belum dapat membersihkan gigi mereka sendiri, keturunan, serta kurangnya perhatian daripada penjaga ataupun ibubapa mereka.

Apakah Itu Plak Gigi?

Plak wujud pada permukaan gigi yang diwarnai dengan pewarna plak yang berwarna unggu.

Plak adalah suatu lapisan nipis yang lembut, melekit dan mudah melekat erat ke atas permukaan gigi yang tidak terdedah kepada geseran pipi, lidah dan pengunyahan. Plak gigi bukan hasil dari sisa makanan ataupun susu yang terdapat dalam mulut. Ia terbentuk secara normal didalam mulut, beberapa saat setelah gigi dibersihkan, suatu lapisan nipis daripada protein air liur akan terbentuk pada permukaan gigi. Ia tidak mengandungi bakteria tetapi bersifat melekit.

Pada peringkat awal, plak tidak mudah dilihat dengan mata kasar kecuali dengan pewarna plak. Ia berwarna putih kekuning-kuningan seperti warna gigi. Apabila ia matang dan menebal, ia berwarna kuning dan kadang-kadang terlihat sebagai enapan yang berwarna kelabu.

Plak akan terbentuk dengan lebih cepat semasa tidur. Ini mungkin terjadi kerana kurangnya pengeluaran air liur semasa tidur dan tidak ada pergerakan pengunyahan mulut.

Oleh kerana plak terdiri daripada Protein air liur yang bersifat melekit, bakteria-bakteria yang terdapat didalam badan kita akan melekat pada plak dan akhirnya membiak. Pembiakan bakteria akanmenjadi lebih cepat lagi apabila terdapat kehadiran sisa makanan ataupun susu bayi. Antara bakteria yang banyak ditenui dalam mulut bayi adalah bakteria Laktobasilus.

Kadar Pembentukkan Plak Dipengaruhi Oleh:

i) Bentuk makanan ,sama ada cecair, pepejal, atau serabut.

ii) Jenis makanan , sama ada karbohidrat, protein, lemak dan sebagainya.

iii) Kekerapan pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat. Lebih kerap pengambilan makanan berkarbohidrat lebih cepat pembentukan plak terjadi.

Peranan Plak Dalam Kejadian Karies

Bakteria yang terdapat didalam plak akan menghuraikan sisa makanan (karbohidrat) terutama kandungan gula didalam sisa makanan tersebut untuk menghasilkan asid. Apabila pengeluaran asid cukup banyak dan cukup lama berada di permukaan gigi, ia akan melarutkan tisu permukaan gigi yang terdapat dibawah plak itu sedikit demi sedikit sehingga terbentuk lubang (kaviti). Inilah yang dinamakan KARIES.

Gigi manakah yang terlibat oleh Karies Botol Susu?

Gigi yang sering kali rosak ialah gigi hadapan atas. Gigi belakang pula akan menjadi rosak sekiranya keadaan dibiarkan. Gigi bertukar warna kekuningan, coklat dan ada juga berwarna kehitaman.

1.Gambar menunjukkan berlaku kerosakkan pada gigi hadapan atas akibat daripada karies botos susu.

2. Gambar menunjukkan kerosakkan gigi sedang berada dalam tahap yang akut dan berpotensi merebak ke lapisan dalam gigi serta menular ke bahagian gigi belakang.

3. Gambar diatas menunjukkan karies botol susuan yang sudah merosakkan kesemua gigi susu anak tersebut. Apabila tindakan pencegahan tidak dilakukan , maka anak tersebut akan merasakan sakit apabila terdapat sisa makanan yang tersumbat ke dalam lubang gigi serta abses atau kebengkakan boleh berlaku pada gigi anak yang telah terinfeksi.

Apakah akibat Karies Botol Susu kepada kanak-kanak?

Gigi yang rosak boleh mengakibatkan masalah berikut:

  1. Kesakitan
  2. Susah mengunyah makanan
  3. Tumbesaran terganggu
  4. Masalah emosi

Bagaimana anda boleh mengelakkan kejadian Karies Botol Susu?

  1. Jangan biarkan bayi anda tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan.
  2. Jangan bubuh gula dalam susu.
  3. Hentikan penggunaan botol secara berperingkat.
  4. Bersihkan gigi bayi selepas makan atau menyusu dengan menggunakan tuala atau kain yang lembut ,bersih serta air masak.
  5. Ibu bapa digalakkan menolong dan memantau anak-anak mereka yang berusia 6 tahun dan ke bawah memberus gigi. Letakkan sedikit sahaja ubat gigi (sebesar biji kacang pis atau sebutir beras) jika perlu.
  6. Bawalah anak anda untuk mendapatkan pemeriksaan pergigian seawal mungkin bagi melanjutkan Program Kesihatan Pergigian Toddler.

Peranan Ibubapa/Penjaga Dalam Pencegahan Kerosakan Gigi Anak

Ibubapa/penjaga harus mula mengamalkan pembersihan mulut dengan menggunakan teknik yang sesuai seawal anak mula menyusu.

Apabila umur anak meningkat dan gigi mula tumbuh, pastikan ibubapa mengubah cara pembersihan mulut kepada teknik yang lebih sesuai dengan alat-alat yang berkesan. Didiklah anak untuk meninggalkan tabiat yang sudah tidak sesuai diamalkan, contohnya, apabila mendapati gigi si anak sudah mula tumbuh , ajarlah anak untuk membiasakan diri minum susu menggunakan cawan, ini kerana terdapat risiko untuk berlakunya karies botol susu pada gigi si anak apabila masih menggunakan botol susu untuk mengkonsumsi susu ketika gigi sudah tumbuh.

Teknik Pembersihan mulut bayi dapat dibahagikan mengikut peringkat usia dan bilangan gigi yang telah tumbuh dalam mulut bayi seperti berikut:

1. Usia 0-1 tahun

Alat yang digunakan adalah gauze steril / sapu tangan /Finger brush

Alat-alat yang akan dimasukkan ke dalam mulut harus direndamkan didalam air panas dahulu sebelum digunakan.

2. Usia 1 tahun lebih-4 tahun

Alat-alat yang boleh digunakan adalah Infant Safety Toothbrush/berus gigi yang sesuai dengan saiz mulut anak. Pasti anda memilih bulu berusyang lembut agar tidak mencederakan tisu lembut bayi.

Infant safety Toothbrush

Infant safety Toothbrush merupakan berus gigi yang memiliki bentuk yang sama seperti Teething Toy. Berus ini bertujuan untuk mendedahkan bayi kepada berus gigi sebelum menggunakan berus gigi yang sebenar. Hanya sesuai bagi bayi yang baru tumbuh gigi hadapan.
Infant Toothbrush

Berus gigi ini dapat melatih anak untuk menggenggam berus gigi. Ini merupakan salah satu teknik mengajar anak memberus gigi melalui pendedahan kepada jenis-jenis berus gigi sesuai usia mereka.

Berus gigi dengan saiz kepala sesuai dengan saiz mulut anak

Tahukah anda bahawa Fluorida boleh membantu menurunkan risiko kerosakkan gigi si anak?

Apakah kepentingan Fluorida kepada gigi manusia:

Fluorida dapat menguatkan tisu gigi, ia juga dapat mencegah dan membantutkan proses kerosakkan gigi. Gigi akan kelihatan lebih dangkal dan ini membuatkan sisa makanan tidak mudah melekat pada permukaan gigi.

Rawatan Pencegahan Program Kesihatan Pergigian Toddler

Sapuan Fluorida

Diberikan kepada bayi yang berumur 0 – 4 tahun secara percuma. Manakala nasihat seria tunjuk ajar higin mulut akan diberikan kepada ibu bapa dan penjaga.